mcmc
Maklumat Am

SEBENARNYA.MY 20 Oktober 2020

SEBENARNYA.MY 201020

Tiada Larangan Rentas Negeri Di Melaka

SEBENARNYA:
Menurut siaran media Pejabat Ketua Menteri Melaka:

Merujuk kepada laporan berita yang tular di media sosial, yang mendakwa
seluruh Negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah malam
hari ini (21 Oktober 2020), ingin ditegaskan bahawa kandungan berita itu
adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Ingin ditegaskan juga bahawa YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali,
Ketua Menteri Melaka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti

yang dilaporkan atau ditularkan.
Dalam keadaan semasa pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan di seluruh
negara termasuk di Negeri Melaka dengan peningkatan kes jangkitan positif
setiap hari, orang ramai dinasihat supaya tidak menyiarkan sebarang berita
palsu yang boleh menimbulkan keresahan, kebimbangan dan kekeliruan dalam
kalangan masyarakat.

SUMBER:
Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Facebook Rasmi Polis Melaka