Dakwaan Takungan Air Kobat Akan Dilepaskan Ke Sungai
Bukit Rangin Adalah Tidak Benar
Menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP):
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah mengesan satu kenyataan Facebook
oleh pihak “Bencana Pahang & Luar Pahang” berkenaan dengan “takungan air kobat
dari air Sungai Lembing hampir penuh. Pada bila-bila masa sahaja pintu gerbang
automatic dibuka untuk melepaskan air ke sungai Bukit Rangin” yang telah menjadi
tular di platform media sosial baru-baru ini.
Justeru, PAIP dengan ini menafikan bahawa kenyataan yang ditularkan oleh pihak
tersebut. Kenyataan yang ditularkan oleh pihak tersebut adalah tidak benar.
PAIP berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikaitkan secara tidak bertanggungjawab
dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan orang ramai.
Susulan daripada itu, PAIP ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai
kenyataan yang dikeluarkan oleh sumber yang tidak sahih. PAIP menyeru kepada orang
ramai agar merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PAIP sahaja.
SUMBER:
Facebook Rasmi PAIP
Harian Metro
Berita Harian
