mcmc
Maklumat Am

Sebenarnya.my 7 Januari 2021

Sebenarnya.my 070121

Video Mendakwa Empangan Sibol Pecah Adalah Tidak Benar

SEBENARNYA:
Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp
mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hasil semakan mendapati
tidak wujud Empangan Sibol di daerah berkenaan.

“Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ni adalah merupakan
lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B,” kata beliau.

Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video
berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.

Selain itu, beliau juga mengesahkan tiada jalan raya yang dinaiki air akibat
dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari
laluan jalan raya.

Dalam video yang berdurasi 19 saat, kelihatan sebuah kolam didakwa empangan itu
telah pecah dan airnya mengalir masuk ke ladang kelapa sawit.

SUMBER:
Bernama
Astro Awani
Utusan Malaysia
Sinar Harian