Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC):
MCMC ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang
bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Taktik ini menggunakan pelbagai
helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang
diterima daripada pihak WhatsApp.
Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan
apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu
akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh
menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan seperti berikut:
Scammer menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun WhatsApp
(milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini; dan
seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
Scammer menyamar sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod
pengesahan 6-digit yang diterima.Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan
yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik
ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan.Scammer kemudiannya melakukan
penyamaran dan berhubung dengan pengguna untukmendapatkan kod berkenaan;
atau Sekiranya pengguna tidak menjawab panggilan automatik daripada WhatsApp
dan ianya masuk ke peti mesej suara pengguna; scammer akan cuba meneka (melalui
proses cubaan rambang) atau meminta kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguna,
untuk mengakses rakaman tersebut.
Sehubungan itu, para pengguna adalah diingatkan agar:
Berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan 6-digit WhatsApp daripada mana-mana pihak berikut:
mesej orang yang dikenali (seperti rakan atau ahli keluarga);
mesej atau panggilan orang yang tidak dikenali; atau
pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp, serta lain- lain pihak termasuklah pihak berkuasa.
Tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada mana-mana pihak.
Melindungi akaun WhatsApp dengan pengesahan dua langkah(two-step verification). Ikuti aturan
tetapan WhatsApp Settings >Account >Two-step verification >Enable, dan turuti arahan yang
disediakan. (Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/verification/howto-manage-two-step-verification-settings/).
Tidak sama sekali menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara kepada mana-mana pihak.
Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka.
Pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp adalah disaran untuk
mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut untuk mengambil alih semula akaun
WhatsApp yang dirampas.
(Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/).
Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi
mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun
WhatsApp kepada balai polis berhampiran atau kepada MCMC menerusi saluran berikut:
Portal Aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my
E-mel: aduanskmm@mcmc.gov.my
WhatsApp: 016 – 220 6262
SUMBER:
Laman Sesawang Rasmi MCMC
Facebook Rasmi MCMC
WhatsApp FAQ 1
WhatsApp FAQ 2
