Sejak Mac 2020, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita. Sekolah terus ditutup dan pelajar
di negara kita menghadapi cabaran yang sukar untuk menerima pendidikan yang diperlukan.
Berdasarkan keadaan semasa, Sasbadi percaya bahawa caloncalon SPM 2020 berada dalam
situasi yang sukar kerana mereka harus menamatkan pembelajaran dalam tahun akademik
yang sangat suntuk dan terganggu, tanpa mendapat sokongan akademik yang sama seperti
sebelum pandemik melanda.
Oleh itu, Sasbadi bersama-sama dengan Huawei dan TM ONE telah memutuskan untuk melangkah
ke hadapan dan memberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada calon-calon SPM 2020.
Kami menyediakan akses percuma ke akaun SPM i-LEARN Ace kepada setiap calon SPM 2020
yang mendaftar dengan kami.
i-LEARN Ace merupakan platform e-Pembelajaran yang lengkap yang dapat membantu para pelajar
meraih kecemerlagan dalam pelajaran mereka dengan menyediakan alat dan sumber pembelajaran
abad ke-21 yang dapat meningkatkan keupayaan pembelajaran kendiri mereka.
-Kandungan yang tepat dan menyeluruh
-Merangkumi semua mata pelajaran utama dan pelbagai mata pelajaran elektif
-Sistem penilaian untuk mengakses bank soalan dan kertas ujian disediakan oleh Sasbadi
-Sistem laporan penandaan dan kemajuan automatik
Sila Layari Website Untuk Pendaftaran https://spmcsr.ilearnace.com/?language=my
