mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI WEBINAR DARI SERANGAN SIBER KE PEMULIHAN: ASAS TINDAK BALAS & FORENSIK DIGITAL

TARIKH10 JULAI 2025
MASA3.00PM-4.30PM
LOKASINADI FELDA BUKIT CHERAKAH
PESERTA3 ORANG

Tujuan Program:

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai pengurusan insiden siber dan forensik digital. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan teknik OSINT bagi pencarian maklumat terbuka serta meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan peserta terhadap ancaman serangan siber.

Aktiviti Program:

Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah sesi pengenalan kepada ancaman siber dan cara mengurus insiden, demonstrasi teknik OSINT, penerangan asas mengenai forensik digital seperti hashing dan analisis bukti, simulasi tindak balas terhadap insiden siber, serta sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama peserta.