Walaupun makan di dalam restoran telah dibenarkan, pengunjung disarankan untuk
TIDAK duduk dalam premis untuk masa yang lama.
Sewaktu sedang makan, pelanggan tidak memakai topeng muka. Jika ada pelanggan
yang duduk lama, berbual serta bergelak ketawa di dalam premis, ia akan
meningkatkan risiko penyebaran.
Kelonggaran peraturan dilakukan untuk membantu merancakkan semula kegiatan
ekonomi masyarakat setempat, ia BUKAN alasan untuk anda mengabaikan langkah
pencegahan.
Ingin lepak dan berborak di kedai mamak ? Sabar dulu… belum sesuai dan belum
selamat.
#COVID19
#MCMC
#skmm
#stayathome
#staysafe