Dakwaan Kononnya Pautan Pada Status WhatsApp Akan Menyebabkan
Data Peribadi Dan Maklumat Akaun Bank Dipindahkan Kepada Sindiket
Penipuan Adalah Tidak Benar.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK PDRM):
Dakwaan kononnya menekan pautan pada status WhatsApp akan menyebabkan
data peribadi serta maklumat akaun bank dipindahkan kepada sindiket
penipuan adalah tidak benar.
Timbalan Pengarah (Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor
Sanjos berkata, pautan berkenaan adalah ciri aplikasi berkenaan.
SUMBER:
Facebook Rasmi JSJK PDRM
Harian Metro
