Dakwaan Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Adalah Tidak Benar
SEBENARNYA:
Menurut Pejabat YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi:
Pejabat YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menerima satu lagi berita tular berhubung kesihatan
YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pejabat menafikan berita tersebut.
Untuk makluman semua pihak, Tun berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga beliau.
Pejabat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.
SUMBER:
Facebook Rasmi Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi
Astro AWANI
