mcmc
Maklumat Am

JPJ Tidak Keluarkan Sebarang Risalah Berhubung Jenis Kesalahan Berkaitan Pengubahsuaian Kenderaan Motor

SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil berat isu tular
mengenai notis berkenaan kesalahan serta penggunaan logo JPJ yang
disebarkan melalui platform media sosial.

Untuk makluman pihak JPJ tidak mengeluarkan apa-apa risalah berhubung
dengan apa-apa jenis kesalahan berkaitan pengubahsuaian kenderaan motor.

Walau bagaimanapun, JPJ ingin menasihati serta mengingatkan orang ramai
agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam
pengubahsuaian kenderaan motor.

SUMBER:
Facebook Rasmi JPJ