mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BENGKEL MICROBIT & ROBOTIK

TARIKH2 OGOS 2025
MASA10.00AM -11.00AM
LOKASINADI FELDA BUKIT CHERAKAH
PESERTA2 ORANG

Tujuan Program:

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan Micro:bit, di samping mengasah kemahiran pengaturcaraan menggunakan platform MakeCode. Ia juga berperanan meningkatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui projek robotik, serta memupuk minat terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik). Selain itu, bengkel ini dapat membantu meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan dalam menghasilkan projek robotik yang berinovasi.

Aktiviti Program:

  • Taklimat pengenalan Micro:bit dan komponennya.
  • Demonstrasi penggunaan MakeCode untuk pengaturcaraan asas.
  • Aktiviti praktikal: Membina dan mengawal robot menggunakan Micro:bit.
  • Projek berkumpulan untuk menghasilkan fungsi robot tertentu.
  • Sesi pertandingan mini robotik antara kumpulan.
  • Sesi soal jawab dan perkongsian idea inovatif.