TARIKH | 16 MAC 2025 |
MASA | 10.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI |
TEMPAT | NADI FELDA BUKIT CHERAKAH |
PESERTA | 4 ORANG |
Tujuan Program:
Bengkel Tiny Techies – Program Mentor bertujuan untuk memperkenalkan dan membimbing peserta dalam bidang teknologi asas melalui kaedah pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini juga berfungsi sebagai platform untuk membangunkan kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan inovasi di kalangan peserta. Selain itu, bengkel ini melatih mentor agar dapat membimbing generasi muda dalam memahami konsep teknologi dengan lebih mudah dan berkesan.
Aktiviti Program:
- Pengenalan & Ice-breaking – Mewujudkan hubungan antara peserta dan mentor.
- Asas Teknologi & Pengaturcaraan – Pengenalan konsep asas teknologi secara interaktif.
- Latihan Praktikal – Aktiviti hands-on untuk mengukuhkan pemahaman peserta.
- Sesi Mentor-Mentee – Bimbingan mentor dalam tugasan teknologi.
- Simulasi Projek – Aplikasi kemahiran dalam projek mini kreatif.
- Perkongsian & Penutup – Refleksi pengalaman dan penyampaian sijil.





