Di stesen kuarantin yang menempat pengembara warganegara Malaysia yang balik dari luar negara,
sehingga 24 April 2020, jam 5.00 petang, didapati seramai 12,672 orang telah menjalani ujian
COVID-19.
Seramai 139 orang didapati positif COVID-19 (1.1peratus). Daripada jumlah positif COVID-19
tersebut, negara yang telah dilawati adalah: 99 kes melawat Indonesia, 14 kes melawat United
Kingdom, 13 kes telah Singapura, 5 kes melawat Turki, 3 kes melawat Belanda, 2 kes melawat
Amerika Syarikat, 1 kes masing-masing melawat Thailand, Perancis dan Bangladesh.
Ini menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti pendekatan tertumpu yang diambil Kerajaan setakat ini
telah menunjukkan hasil yang diharapkan. Ini diharap dapat mengekang penularan di kalangan
kumpulan yang berisiko tinggi ini. KKM menjangka lebih banyak kes positif akan dikenal pasti
dalam masa terdekat ini memandangkan aktiviti pendekatan tertumpu ini masih diteruskan.
#COVID19
#MCMC
#skmm
#stayathome
#staysafe

