Isi rumah kumpulan B40 dan golongan orang kurang upaya (OKU) yang masih
belum menerima set dekoder myFreeview percuma diminta membuat permohonan
mulai sekarang sehingga 31 Mei ini, kata Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM).
SKMM berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang di laman sesawang
www.mytvbroadcasting.my/B40 dengan butiran diri yang lengkap iaitu nama,
nombor kad pengenalan, alamat penuh serta nombor telefon.
Pemohon juga boleh menghubungi MYTV Careline di talian
1800-18-1088/1-300-80-6988 untuk memudahkan proses pengagihan set dekoder
percuma myFreeview kepada mereka yang layak. “Semakan kelayakan juga boleh
dibuat melalui dua saluran yang dinyatakan di atas dan sebarang pendaftaran
selepas tarikh akhir iaitu 31 Mei 2020 tidak akan diproses,” katanya dalam
kenyataan hari ini.
SKMM berkata inisiatif pemberian dekoder tambahan myFreeview secara percuma
itu adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses
informasi dan hiburan secara mudah, percuma dan berkualiti melalui penyiaran
TV digital. “Oleh itu, kerajaan melalui SKMM telah memperuntukkan sebanyak
300,000 unit dekoder tambahan kepada isi rumah B40 dan OKU di seluruh negara,”
Sila layari www.mytvbroadcasting.my/B40

