Pusat Sebaran Maklumat Nasional, NADI Felda Bukit Cherakah mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti, e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government), e-Pembelajaran (e-Learning), Pengumpulan dan pertukaran maklumat, Pusat Komunikasi, Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian, Pusat peperiksaan dan persijilan.
Caj Penggunaan Komputer di NADI Felda Bukit Cherakah seperti berikut:-
Perkhidmatan lain yang disediakan di NADI Felda Bukit Cherakah akan dikenakan bayaran seperti berikut:-
Waktu Operasi:-
Isnin – Ahad
9.00 pagi – 6.00 petang
Waktu Rehat
1.00 Tengah Hari – 2.00 Petang
Tutup Pada Cuti Umum
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:-