mcmc
Maklumat Am

Manfaatkan Facebook secara positif !

Manfaatkan Facebook secara positif !

Jadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab! Laporkan ‘page’ yang
mempunyai kandungan yang tidak sesuai dan negatif.

Seseorang telah mengganggu atau membuka akaun di laman rangkaian
sosial dan menyamar sebagai diri anda! Lindungi diri anda dan segera
laporkannya kepada pihak pentadbir laman Facebook.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, anda tidak
digalakkan untuk memaparkan gambar-gambar peribadi secara terbuka di
Internet. Gunakan kemudahan “privasi” yang disediakan untuk memastikan
hanya rakan-rakan yang boleh dipercayai boleh melihatnya.

Sekiranya gambar anda disalahguna, lapor segera kepada pentadbir laman
Facebook!

Kadang-kadang status yang dimuatnaik di Facebook tidak sesuai dikongsikan.
Status yang dikongsi mungkin menyakitkan dan mengguris perasaan pembaca.
Bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis dan manfaatkan Facebook
secara positif !

#klikdenganbijak