mcmc
Maklumat Am

Memberi Maklumat Secara Jujur

060420 Info 1

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia yang pulang dari luar
negara akan ditempatkan di stesen kuarantin yang telah disediakan. Di pintu masuk negara,
mereka akan menjalani saringan kesihatan iaitu saringan demam dan gejala COVID-19. Ujian
pengesanan COVID-19 akan dijalankan dan mereka akan dipantau selama 14 hari di stesen
kuarantin tersebut.

Sekiranya ada bergejala ketika tiba di pintu masuk antarabangsa atau ketika di stesen kuarantin,
mereka akan dihantar ke hospital yang telah dikenalpasti untuk pemeriksaan dan rawatan.

Mereka yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian pengesanan sampel yang dijalankan,
akan dirujuk ke hospital untuk tujuan isolasi, pemeriksaan, rawatan dan pemantauan.

#COVID19
#MCMC
#skmm
#SelangorTutor
#stayathome
#staysafe