mcmc
Maklumat Am

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat – Telekomunikasi

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah pakej rangsangan
ekonomi terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negara. Kerajaan akan
memastikan tiada golongan yang akan tercicir terutamanya B40 and M40 daripada
menerima manfaat pakej tersebut.

Inisiatif-inisiatif dalam pakej PRIHATIN yang ditawarkan oleh syarikat
telekomunikasi, perkhidmatan pos dan kurier serta penyiar bertujuan untuk
meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Langkah ini juga bukti komitmen Kerajaan dalam memastikan kesalinghubungan
berterusan sekaligus membolehkan rakyat melaksanakan tugasan hariannya dengan
lebih efisien.

#COVID19
#MCMC
#skmm
#stayathome
#staysafe