mcmc
Maklumat Am

Poster Amaran Henti Guna Hashtag

Poster Amaran Henti Guna Hashtag #SiBodohKauDengarSini
Bukan Dikeluarkan Oleh MCMC

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC):

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menegaskan, sebuah
poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan hashtag
#SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter, bukan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya.

Poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang
direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang
melanggar amaran berkenaan.

SUMBER:
Laman Sesawang Rasmi MCMC