KWSP maklum bahawa penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan persekitaran perniagaan yang
sukar kepada sektor perniagaan dan banyak syarikat sedang menghadapi masalah kewangan untuk
meneruskan operasi mereka.Justeru, KWSP melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 bermula
23 April 2020 bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak untuk menguruskan
aliran tunai bulanan perniagaan di samping membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta
terus mengekalkan tenaga kerja mereka.Program ini membolehkan majikan memohon penangguhan dan
penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman bulan April, Mei & Jun 2020
(Upah bulan Mac, April & Mei 2020).
#COVID19
#MCMC
#skmm
#stayathome
#staysafe