Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 Berisiko Rendah MAEPS ini dibangunkan sebagai salah satu
usaha proaktif kerajaan mempersiapkan kemudahan kesihatan bagi menghadapi penularan wabak
COVID19.
Pembangunan Pusat ini merupakan idea YAB Perdana Menteri sendiri dan pembangunannya dengan
pantas telah dilaksanakan dalam tempoh 3 hari sahaja, hasil kerjasama Agensi Pengurusan
Bencana Negara (NADMA) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta
lain-lain agensi kerajaan. Buat masa ini, hospital dan lain-lain kemudahan seperti institut
latihan KKM serta lain-lain kemudahan yang telah dikenalpasti masih dapat menampung jumlah
pesakit yang kian meningkat.
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba.
#COVID19
#MCMC
#skmm
#stayathome
#staysafe
