mcmc
Galeri VideoKeusahawananKisah Kejayaan

QUATER 1 2025 KEUSAHAWANAN – S ZULAIHA

Seorang wanita berjiwa kreatif dan cekal, Puan S Zulaiha Binti Abd Jabar merupakan pengasas kepada Variety Craft Umi, sebuah perniagaan seni kraf yang diasaskan sejak tahun 2013. Bermula dengan minat mendalam terhadap seni tangan, beliau kini berjaya mengukuhkan jenamanya dengan menghasilkan dan menerima tempahan pelbagai produk istimewa seperti crochet, bunga telur eksklusif, gubahan, serta sulaman reben (ribbon embroidery).

Tahun 2023 menjadi detik penting apabila beliau mula menyertai pelbagai kelas kemahiran dan keusahawanan anjuran NADI Felda Bukit Cherakah. Sejak itu, langkah beliau dalam dunia niaga semakin mantap dengan sokongan dan bimbingan berterusan daripada pihak NADI.