
Latar Belakang
Seorang warga emas bekerja kampung.
Sebelum Menyertai Perkhidmatan Pintar di NADI
- Kurang kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri dan pemeriksaan berkala.
- Tidak pernah menjalani saringan kesihatan asas seperti tekanan darah, gula dan kolesterol.
- Tidak mengetahui tanda-tanda awal penyakit seperti darah tinggi dan diabetes.
Selepas Menyertai Perkhidmatan Pintar di NADI
- Lebih peka terhadap tahap kesihatan diri selepas menjalani pemeriksaan di NADI.
- Mendapat maklumat dan nasihat berguna daripada pegawai kesihatan yang dijemput.
- Mengetahui tindakan susulan dan langkah pencegahan awal bagi menjaga kesihatan.
- Mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif selepas mengikuti webinar.
Penggunaan NADI
- Menjalankan saringan Kesihatan kendiri
- Mengikuti podcast & webinar Kesihatan studio sihat
Maklumbalas
- Program ini sangat berinformasi dan mudah difahami, sesuai untuk semua lapisan umur.
- Peserta gembira dapat mengetahui tahap kesihatan sebenar melalui saringan percuma.
- Webinar disampaikan secara menarik dan memberi banyak tips kesihatan berguna.
- Fasiliti dan suasana di NADI selesa serta mesra komuniti.
- Peserta berharap agar program kesihatan seperti ini diadakan lebih kerap.