
Latar Belakang
Seorang suri rumah sepenuh masa.
Sebelum Menyertai Perkhidmatan Pintar di NADI
- Kurang kemahiran dalam teknik memasak moden dan penyediaan hidangan yang menarik.
- Hanya belajar memasak secara asas daripada keluarga tanpa panduan profesional.
- Tiada pengalaman menggunakan platform digital untuk menonton kelas atau resipi secara dalam talian.
Selepas Menyertai Perkhidmatan Pintar di NADI
- Berjaya mempelajari teknik masakan moden dan resipi baharu melalui bimbingan tenaga pengajar.
- Lebih yakin dalam penyediaan hidangan serta mampu menghias dan menyajikan makanan dengan kemas dan menarik.
- Mula menggunakan platform digital (YouTube, TikTok, Facebook) untuk mencari resipi dan menambah ilmu masakan.
- Menjadikan kemahiran memasak sebagai peluang menjana pendapatan tambahan di rumah
Penggunaan NADI
- Mengikuti kelas masakan secara dalam talian menggunakan komputer dan internet di NADI.
- Menggunakan ruang dapur demonstrasi dan peralatan asas yang disediakan di pusat NADI.
- Menonton video resipi dan teknik memasak melalui platform pembelajaran digital.
- Mendapat bimbingan petugas NADI dalam penggunaan kamera, komputer, dan aplikasi Zoom/Google Meet.
- Menyertai aktiviti praktikal memasak bersama peserta lain secara hybrid (dalam talian & fizikal).
Maklumbalas
- Kelas yang dijalankan di NADI sangat menyeronokkan dan mudah difahami.
- Fasiliti NADI seperti komputer, internet dan ruang belajar sangat selesa dan membantu proses pembelajaran.
- Program ini membuka peluang untuk peserta menjana pendapatan melalui kemahiran memasak.