Waspada Surat Derma Palsu Yang Menggunakan
Nama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti
Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC):
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengingatkan orang ramai
berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh
“Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)” yang meminta
sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.
Individu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC
ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan.
SC telah membuat laporan polis mengenai surat palsu tersebut.
SC ingin menyatakan bahawa ia tidak membuat sebarang permohonan sumbangan
daripada orang ramai. Individu yang telah menerima sebarang permohonan
sumbangan yang kononnya untuk atau bagi pihak SC atau mana-mana pegawainya,
hendaklah segera menghubungi Pejabat Pelanggan dan Pelabur SC di
aduan@seccom.com.my atau hubungi 03 – 6204 8999 untuk mengesahkan dan
melaporkan perkara tersebut.
SUMBER:
Laman Sesawang Rasmi SC
Berita Harian
Bernama
