mcmc
Maklumat Am

Sebenarnya.my 13 Januari 2021

2 Suspek Kes Tembak Anggota Polis PGA Di Bukit Hitam Tidak Meloloskan
Diri Ketika Masih Dalam Tahanan Polis, Tetapi Telah Dibebaskan Oleh
Pihak Polis

Menurut kenyataan media Polis Kedah:

Pada 7 Januari 2021, pihak polis kontinjen Kedah telah mengesan satu kandungan
tular melalui media berkaitan isu 2 orang suspek kes menembak anggota polis
Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam pada 12 November 2020 telah
meloloskan diri dari tahanan polis dan mengesyaki suspek-suspek tersebut mempunyai
senjata api dan cuba meloloskan diri ke Thailand. Sehubungan dengan itu, pihak polis
kontinjen Kedah ingin menegaskan bahawa kedua-dua suspek tersebut sebenarnya tidak
meloloskan diri semasa dalam tahanan polis sebaliknya telah dibebaskan oleh polis
disebabkan tiada arahan penahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah
dibenarkan oleh mahkamah.

SUMBER:
Facebook Rasmi PDRM Kedah