mcmc
Maklumat Am

SEBENARNYA.MY 19 Oktober 2020

SEBENARNYA.MY 191020

Mesej Tular Yang Mendakwa 2 Penumpang Dalam Satu Kereta Dikenakan Kompaun
Adalah Tidak Tepat.

SEBENARNYA:

Menurut Polis Daerah Penampang:

Polis Daerah Penampang terkesan satu mesej tular menerusi platform media sosial
dan aplikasi whatsapp mengenai kompaun yang dikenakan terhadap individu yang
ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Penampang.

Menerusi mesej yang ditularkan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab menyatakan:

‘saman dalam kereta dua (2) penumpang tapi tidak jaga jarak..
rupanya kalau dua orang dalam kereta penumpang kena duduk di
belakang tepi bukan di depan atau belakang pemandu, start sdh kena
kuatkuasakan ni’.

Polis Penampang ingin menegaskan bahawa info yang terkandung di dalam mesej
yang ditularkan adalah tidak tepat dan tiada kaitan dengan imej kompaun tersebut.

Imej kompaun yang dikeluarkan oleh IPD Penampang adalah berkaitan dengan
kesalahan yang dikenakan terhadap tiga (3) individu yang menaiki sebuah
kenderaan dari satu lokasi yang ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan
Penampang -Papar pada 16 Oktober 2020 dan ianya adalah satu kesalahan kerana
tidak patuh kepada SOP PKPB yang dikeluarkan iaitu hanya dua (2) sahaja
dibenarkan dalam kenderaan.

Ketiga -tiga Individu tersebut telah dikenakan tindakan kompaun di
bawah Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Daerah Penampang