Dakwaan Seremban Dalam Zon Merah COVID-19 Adalah Tidak Benar
SEBENARNYA:
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan
Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan menafikan daerah ini berada dalam
kategori zon merah pandemik Covid-19.
Menurutnya, sebanyak 15 kes direkodkan di daerah itu sejak 8 Oktober hingga
semalam dan Seremban diletakkan dalam zon kuning sekali gus menafikan laporan
berita yang tular di media sosial hari ini mengatakan daerah ini dalam zon merah.
“Laporan berita itu sudah diterbitkan pada 30 Mac lepas, namun ditularkan
semula oleh pihak tidak bertanggungjawab”.
“Isu berkenaan adalah palsu dan tidak tepat. Selain menimbulkan kegelisahan
dan panik kepada orang awam, ia juga boleh menjejaskan ekonomi setempat”.
SUMBER:
Harian Metro
Bernama
