mcmc
Maklumat Am

SEBENARNYA.MY 27 November 2020

Tiada Pekerja Panjat Pagar Keluar Dari Kawasan PKPD Top Glove

Polis menjelaskan tiada pekerja di asrama Top Glove Meru, Klang yang
dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) memanjat pagar
untuk keluar daripada kawasan itu.

Jurucakap Khas Ops COVID-19 Polis Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad
Yew berkata siasatan terhadap gambar tular di media sosial yang memaparkan
pekerja lelaki memanjat pagar asrama berkenaan mendapati, perbuatan itu
(memanjat pagar) berlaku pada hari pertama PKPD , semasa pekerja itu hendak
masuk ke asrama mereka, dan bukannya untuk keluar dari kawasan itu.

Beliau berkata insiden memanjat pagar itu berlaku pada hari pertama PKPD di
asrama pekerja Top Glove 17 Nov lepas, semasa ujian saringan COVID-19 belum
dilaksanakan.

“Mereka memanjat pagar sebagai jalan mudah untuk masuk semula ke asrama kerana
ketika itu kawad duri sedang dipasang oleh anggota penguat kuasa yang bertugas,”
katanya.

SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Selangor
Sinar Harian