Waspada Sindiket Penipuan Yang Menggunakan Logo LHDNM Melalui
Surat Tunggakan Cukai
Menurut kenyataan media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNDM):
LHNDM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan
sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo LHDNM bagi mengaut keuntungan
dengan memperdayakan mangsa.
Modus operandi terbaru sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai
cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo
LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain.
Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan
setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan
pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu.
SUMBER:
Facebook Rasmi LHDNM
