mcmc
Maklumat Am

Sebenarnya.my 8 januari 2021

Sebenarnya.my 080121

 

Tiada Arahan Jalani Ujian Pengesanan COVID-19 Kepada Pengunjung
Cameron Highlands

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang ingin merujuk kepada mesej tular yang
disebar melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook berhubung penutupan premis
akibat COVID-19 di daerah Cameron Highland dan pengeluaran arahan menjalankan
ujian pengesanan COVID-19.

Untuk makluman, JKN Pahang telah mengesan satu (1) kes positif COVID-19
di daerah Cameron Highland, Pahang. Kes tersebut telah dimasukkan ke hospital
untuk rawatan selanjutnya. Berdasarkan pergerakan kes, pihak JKN Pahang melalui
Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highland telah
mengenal pasti tempat-tempat yang dikunjungi kes dan ‘Notis Perintah Tutup Premis’
telah dikeluarkan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar. Pihak
JKN Pahang juga telah menjalankan aktiviti pengesanan kontak secara aktif dan kontak-kontak
rapat telah diasingkan dan disaring untuk ujian pengesanan COVID-19. Justeru itu, tiada arahan
untuk menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di klinik kesihatan dikeluarkan seperti
yang ditularkan.

SUMBER:
Bernama
Facebook Rasmi JKN Pahang
Berita Harian
Sinar Harian