mcmc
Maklumat Am

SEBENARNYAMY12 Disember 2020

Waspada Surat Palsu Yang Menggunakan Kepala Surat MCMC Pulau Pinang

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

MCMC ingin memaklumkan, pihaknya telah menerima maklumat bahawa sepucuk
surat menggunakan kepala surat MCMC Pulau Pinang berhubung maklum balas atas
khidmat sokongan pengguna mengenai laman sesawang yang mengalami sekatan akses,
telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa surat berkenaan adalah palsu dan pihak MCMC
tidak pernah mengeluarkan surat sedemikian kepada orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah
terpedaya dengan tindakan oleh pihak tertentu yang menyebarkan surat, e-mel mahupun
mesej yang tidak ditentukan kesahihannya. Pada masa yang sama, elak daripada membalas
mesej serta klik pada pautan dalam surat berkenaan.

SUMBER:
Facebook Rasmi MCMC