mcmc
Maklumat Am

SEBENARNYAMY16 Disember 2020

Tiada Pesakit Positif COVID-19 Ditempatkan Di Hotel
First World, Saringan Dilakukan Oleh Jabatan Kesihatan

SEBENARNYA:
Semua saringan Covid-19 di Genting Highlands dilakukan oleh Jabatan
Kesihatan dan bukannya oleh pihak swasta seperti yang tular dalam media sosial.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah
Zakaria berkata, dakwaan berkenaan tidak benar malahan semua individu yang
didapati positif dihantar ke pusat kuarantin ditetapkan dan bukannya ke Hotel
First World seperti yang tular dalam media sosial.

“Mana-mana individu yang disahkan positif dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan
ditetapkan manakala yang tidak positif diletakkan di Hotel First World.

“Jadi tidak timbul isu seperti yang ditularkan di media sosial pada masa ini yang
menyatakan individu positif diletakkan di Hotel First World.”

SUMBER:
Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang