mcmc
Maklumat Am

Tangkap Layar Video Suasana Di CAC Stadium Melawati Adalah Tidak Benar

SEBENARNYA:
Menurut Menteri Besar Selangor:

Tangkap layar daripada video yang dikatakan merupakan suasana di CAC Stadium Melawati adalah tidak benar.

CAC Stadium Melawati adalah sebagai pusat penilaian tahap kesihatan pesakit COVID-19 dan bukan pusat kuarantin seperti di MAEPS. Pesakit COVID-19 juga tidak dibenarkan bermalam di CAC Stadium Melawati.

Gambar berikut adalah contoh gambar aktiviti di CAC Stadium Melawati.

SUMBER:
Facebook Rasmi Menteri Besar Selangor

Facebook Rasmi Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor