Waspada E-mel Palsu Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar
Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP):
Emel mengenai bayaran lebihan cukai i-Sinar adalah palsu.
Pihak KWSP meminta orang ramai untuk mengabaikan e-mel palsu
tersebut.
KWSP ingin menjelaskan semua pengeluaran simpanan KWSP tidak
dikenakan cukai.
KWSP menegaskan bahawa emel tersebut adalah untuk phishing
data peribadi ahli.
SUMBER:
Facebook Rasmi KWSP
