mcmc
Maklumat Am

Waspada Penipuan Jualan Vaksin COVID-19 Secara Dalam Talian

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK):

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah mengesan terdapat penularan
informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara
atas talian. Walaupun pihak pengendalian perkhidmatan jualan yang
berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan
tersebut, namun jabatan ini tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan
palsu berkenaan penjualan vaksin COVID-19 pada masa akan datang.

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, pemberian vaksin
COVID-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia.
Justeru, sebarang tawaran penjualan vaksin ini oleh mana-mana pihak
adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan
satu penipuan. Pihak JSJK sentiasa komited untuk melaksanakan pemantauan
secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang cuba
mengiklankan penjualan vaksin ini secara dalam talian.

Orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tindakan
pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba “menangguk di air keruh”.
Sentiasa peka dengan pengumuman dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh
pihak kerajaan dari masa ke semasa bagi memastikan maklumat yang tepat
diperolehi berkaitan program vaksinasi ini.

SUMBER:
Facebook Rasmi JSJK