| TARIKH | 10 JULAI 2025 |
| MASA | 3.00PM-4.30PM |
| LOKASI | NADI FELDA BUKIT CHERAKAH |
| PESERTA | 3 ORANG |
Tujuan Program:
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai pengurusan insiden siber dan forensik digital. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan teknik OSINT bagi pencarian maklumat terbuka serta meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan peserta terhadap ancaman serangan siber.
Aktiviti Program:
Antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah sesi pengenalan kepada ancaman siber dan cara mengurus insiden, demonstrasi teknik OSINT, penerangan asas mengenai forensik digital seperti hashing dan analisis bukti, simulasi tindak balas terhadap insiden siber, serta sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman bersama peserta.